"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua Remaja Ditahan Berhubung Pembunuhan Pelajar Perempuan

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan dua yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit yang terletak 150 meter dari rumahnya di Batu Pahat, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat Supt Adnan Azizon berkata suspek pertama yang berusia 15 tahun ditahan semasa membuat laporan polis mengatakan dia melihat rakannya membunuh remaja perempuan berusia 14 tahun itu di Parit Ju, Tongkang Pechah Darat, Batu Pahat.

"Polis kemudiannya menahan seorang remaja berumur 16 tahun, dan selepas disiasat, remaja yang membuat laporan itu juga disyaki terlibat dalam pembunuhan itu," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Beliau berkata dalam kejadian semalam mayat Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dijumpai tersembunyi di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit itu pada kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya mayat Siti Mazni ditemui dengan satu kesan tikaman di badan, dan remaja itu dipercayai dibunuh kira-kira 100 meter dari rumahnya sebelum diheret 50 meter ke dalam kawasan ladang.

Siti Mazni, pelajar SMK Tengku Putra, dilaporkan hilang pada hari Rabu lepas apabila dia tidak pulang kerumah selepas memberitahu neneknya Mailiah Idris, 62, yang dia keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. 
-Bernama-

Tiada ulasan: