"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seperti Mahathir , Singapura Juga Percaya Putrajaya Akan Jatuh

ulitmayang
Banyak sngat isu–isu menarik dihidangkan untuk tatapan rakyat 1Malaysia, dari isu surat kedua pegawai penyiasat mata lebam, pergantungan 6 bulan ke atas Anwar  terbaru dan terkini wikileaks ‘bocor’kan maklumat liwat II Anwar. Pendek kata, fokus utama adalah Anwar.

Kalau lah pemilik Guiness Book Of Record membuat culaan ahli politik paling popular di Malaysia hari ini, untuk tahun 2010 sudah barang tentu kalau ianya dibuat secara adil, ianya milik Anwar.

Dari satu sudut, isu–isu yang melingkari Anwar sejak semenjak 08 Mac 2008 hingga hari ini, ianya cukup bagus untuk seorang ahli politik. Betapa, hari ini Anwar menjadi sebutan dan rebutan samada bagi kerajaan mahupun Pakatan Rakyat.
Lagi menarik, akhir–akhir ini semacam sudah wujud kekhuatiran juga bagi negara–negara lain, apa akan jadi kalau Anwar berjaya mengambilalih Putrajaya?. Sudah tentunya, negara jiran terdekat dengan Malaysia ialah Singapura yang paling ter’kesan’ sekali dengan kemungkinan ini.
Bagaimana nasib Singapura sekiranya Putrajaya betul-betul jatuh?. Kata Mahathir dan Najib selisih Malaikat 44, Adakah isu harga air akan dirundingi semula? Adakah rakyat 1Malaysia ketika itu, iaitu setelah kejatuhan Putrajaya akan menuntut supaya Anwar dan Pakatan Rakyat membuat semakan semula harga air, dimana ianya berlaku hasil tipu muslihat dan helah pemerintah Singapura ketika itu, iaitu Lim Kuan Yew?.
Begitu juga lah dengan bekalan tenaga dan gas ke pulau itu. Dan banyak lagi isu–isu besar yang merugikan negara dan rakyat, yang sudah dan sedang disedekahkan kepada Singapura.  Andainya ianya di’review’ semula, adakah Singapura akan jatuh merudum dari segi daya saing ekonomi dan pelabuhan bebasnya? Itulah barangkali kebimbangan utama singapura kini.
Jadi, sudah barang tentu Malaysia yang ‘dijaga’ oleh UMNO perlu diselamatkan.
Kalau dibaca tajuk di bawah ini, agak–agaknya ada kewajarannya tajuk di atas
PUTRAJAYA, 13 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.
“Ya memang... saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,”
Tajuk ini PAS ramal BN adakan rampasan kuasa jika tewas PRU 13, barangkali ada kebenaranya juga, bagi mengambarkan betapa goyahnya Najib kini, yang lebih gabra ialah Mahathir.

Mahfuz menyifatkan kenyataan oleh Najib itu sebagai berbahaya. Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. 

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang?”.

“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,”

Tiada ulasan: