"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulama Pelapis ‘tolak’, buku ‘Menuju PAS Baru’ Mujahid cetus polemik

Mujahid Yusuf Rawa (kanan) dan Aziz Bari ketika majlis pelancaran buku "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme" pada September lalu.
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Buku terbaru Dr Mujahid Yusuf Rawa, “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang berada di pasaran sejak September lalu mencetuskan kontroversi dengan Ulama Pelapis parti Islam itu mahu beberapa perkara yang diketengahkannya dikaji semula. 

Ahli jawatankuasa Ulama Pelapis Azharudin Mat Said berkata, keputusan itu diambil oleh 32 pakar syariah dari seluruh negara, yang merupakan anggota sayap itu, pada stau muzakarah mengenai buku tulisan Mujahid di ibu negara, Ahad lalu.

“Kami tidak menolak bulat-bulat buku ini tetapi ada beberapa perkara yang yang perlu diteliti semula... ini keputusan 32 pakar syariah, mereka merasakan ada perkara yang perlu dikaji semula,” kata beliau pada diskusi mengenai buku itu yang diadakan di sini malam tadi.

“Ya memang buku ini mencetuskan polemik baru, ada pandangan mengatakan bahawa buku ini diluluskan oleh PAS... itu yang kami terima sebagai maklum balas,” katanya yang membahaskan buku itu dari sudut syariah.

Muzakarah itu juga mendakwa kandungan buku itu tersasar daripada keadaan sebenar dalam PAS. Sehubungan itu kata beliau, pihaknya kemungkinan akan mengeluarkan satu buku bagi menjawab hujah-hujah yang diketengahkan oleh Mujahid.

Hasil muzakarah dijangka akan dikeluarkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat hadir sama pada majlis diskusi, yang majoriti hadirin merupakan golongan mula.

Ketika menjawab kenyataan mengenai keputusan itu, Mujahid berkata, “saya menghormati keputusan itu, tetapi keputusan itu dibuat tanpa memanggil penulis untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam buku.”

Beliau yang kelihatan telah menjangkakan implikasi sedemikian kemudian memberitahu The Malaysian Insider, “ini sebahagian daripada pandangan yang diterima.”

“Kita ada pelbagai pandangan mengenai hujah yang saya ketengahkan dalam buku... anda sendiri telah menyaksikan keadaan ini malam ini,” kata Mujahid yang ayahnya merupakan bekas presiden PAS. Buku itu diterbitkan oleh The Malaysian Insider.

Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: