"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Anwar, Azmin, Kak Wan tetap musuh saya’ - Ezam Mohd Noor


PETALING JAYA: Ezam Mohd Noor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali kekal sebagai musuh.


Bekas ketua AMK itu mahu ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu memohon maaf kepada beliau dan keluarganya.

Anwar adalah ketua Pakatan Rakyat, Dr Wan Azizah isterinya adalah presiden PKR dan Azmin, timbalannya.

“Mereka tahu apa yang saya ketahui dan mereka tahu kebenaran,” kata senator lantikan Umno Selangor.

Dalam satu temubual di sini, Ezam mendakwa, Dr Wan Azizah yang kini presiden PKR bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Azmin mendapat sokongan kuat Anwar, kata Ezam.

“Azizah tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Azmin kerana hal-hal peribadi,” tambahnya.
Keluarga Anwar

Ezam berkata, beliau dan keluarganya menjadi sebahagian keluarga Anwar ketika Anwar dipenjarakan enam tahun atas salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ezam yang ditahan ISA selama dua tahun pada 2001 tegas mengatakan enam kotak bukti rasuah kerajaan berada dengan Anwar.

“Saya tidak mengetahui isi kandungan kotak-kotak tersebut. Tetapi Dr Wan Azizah memberitahu saya 10 tahun lalu,” kata Ezam.

Isu kotak itu, menurut bekas orang kuat PKR, turut tercatat dalam penulisan pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang bertajuk Politik Perlembagaan.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan liwat ke atas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ezam sebaliknya percaya mahkamah telah membuat keputusan yang salah.

Tiada ulasan: