"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar mahu cepat - mengail tak dapat, makan ikan tak sempat

21Halim


Jadual Anwar Ibrahim pada 19 Februari cukup sendat. Selepas Rompin, Anwar ke Endau. Kemudian berkejar ke Sembrong (Kluang). Tidak boleh rehat, mengail atau makan angin. Jauh sekali bermain-main.

Kesannya ialah Anwar membantu pihak Pakatan Rakyat menjalankan program ceramah paling singkat- Mula 8.30 dan tamat 10.30. Dalam tempoh dua jam ini macam-macam aktiviti mehu dilakukan.

Sejurus tiba, Anwar membenarkan awsi bergambar bersama beliau. Beliau kemudian terus mengambil mikrofon untuk menyampaikan ucapan sambil berjalan sekitar pentas Dewan Che Ru Khor yang luas itu.

Bagi Anwar, selepas debat ringkas Chua Soi Lek - Lim Guan Eng, yang patut berlaku ialah debat Anwar - Najib. Soalnya,beranikah Najib?

Anwar kata BN tiada hak membicarakan SBPA yang berusaha menaikkan gaji pekerja sektor awam kerana yang paling utama ialah rakyat kini wajar menikmat gaji minima RM 1100.

Anwar mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa seluruh rakyat yang memungkinkan beliau bebas daripada tuduhan liwat. Beliau juga mengambil kesempatan menyentuh isu ucapan beliau yang diterbitkan di Wall Street Journal.

Anwar menamatkan ucapan sekitar 10.20 malam. Kehadiran orang ramai memadatkan ruang dewan. Namun di sebelah luar terdapat skrin lebar. Ketika Anwar mula berangkat pergi, masih ada lagi orang yang baru datang!

Meskipun Sallehudin Ayub dan Lim Kit Siang gagal menghadirkan diri, pihak pengurusan majlis terutama DAP amat berpuas hati dengan kehadiran.

Sebagai menghormati beliau, pihak penganjur majlis mengundan Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Dr Ahmad Faidhi, Timbalan Pengerusi PKR Joho dan Hj Aminul Huda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Turut berucap ialah Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Penyelia PAR DUN Endau, Hj Rahman Yusof, Penyelia PAR DUN Tenggaroh dan Cikgu Roslan Nikmat selaku Pengerusi Pakatan Rakyat Mersing.

Kesemua pembicara mengajak rakyat berani mengubah pemerintah. Kata Anwar, Kini tiba Najib menjadi Ketua Pembangkang pula. Itu pun sekiranya Najib menang di Pekan.

Sebaik tamat, orang ramai mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dengan Anwar. Pihak penganjur majlis mohon orang ramai memberi laluan kerana rakyat di Sembrong pula menunggu Anwar.

Selepas acara di Sembrong Anwar akan terus mengambil jalan pulang ke Kuala Lumpur. Kasihan Anwar sudahlah kurang rehat, hendak jamah ikan Endau masakan muslimat pula tidak sempat.

Tiada ulasan: