"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Krisis Azizan, PAS yakin boleh selesai

PETALING JAYA: PAS meminta penyokongnya bertenang dan memberi jaminan akan menyelesaikan krisis kepimpinan Kedah sebaik mungkin.
“Krisis antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan exconya tidak akan melarat, kita akan menyelesaikannya.

“InsyaAllah, kita akan selesaikannya,” kata Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi menyelesaikan isu tersebut.

Krisis tercetus apabila dua exco kerajaan negeri Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh menolak untuk dilantik semula ke jawatan terrsebut.

Exco baru

Azizan bagaimanapun, dilapurkan telah menyenaraikan senarai exco yang baru yang dipercayai tanpa Pahrolrazi dan Dr Ismail.

Phahrolrazi merupakan Adun Pengkalan Kundor manakala Dr Ismail wakil rakyat Alor Mengkudu berkata, mereka tidak menerima kepimpinan Azizan.

Majlis mengangkat sumpah akan diadakan di depan Pengerusi Majli Pemangku Raja, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah Selasa depan di Istana Anak Bukit.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tidak mahu bercakap mengenai krisis di Kedah itu.
Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menjawab panggilan telefon.

Tiada ulasan: