"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah akan menjadi “Kelantan Dua”

Mummy Rokiah
Di dalam kenyataan akhbar minggu lepas Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan bahawa Umno Kedah telah mengemukan kepada UMNO pusat cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Menurut beliau individu-individu tersebut terdiri daripada golongan professional seperti doctor perubatan (bukan doctor falsafah), loya (lawyer) dan ahli perniagaan. Kesemua bahagian sudah menghantar nama calun kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri kecuali Sungai Petani dan Padang Serai kerana kedua-dua bahagian ini masih lagi di dalam ICU (Intensif Care Unit) UMNO negeri.

Yang menariknya beliau tidak menolak kemungkinan ada bahagian mencadangkan kembali nama calon yang pernah bertanding bagi kawasan Parlimen dan Dun kalah pada PRU lalu. Ini bermakna keputusan yang dibuat masih berlegar-legar di dalam ‘kotak pemikiran’ yang lama, mengelamun, masih tidak serik dan tidak ada kesedaran untuk berubah.

Walaubagaimanapun beliau tidak pula menyatakan senarai calun-calun ini ‘winnable” kerana mungkin beliau seperti juga individu yang lain sukar menilai kehendak pengundi bawahan yang sukar diramal selera mereka.
Apapun UMNO perlu melaksanakan proses saringan calun yang betul-betul telus, ikhlas dan berwibawa tanpa ada prejudis supaya tidak berlaku lagi meletak calun yang muflis seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang baru-baru ini mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Inilah satu pengajaran yang berharga apabila Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hanya memilih bulu tanpa menilai latar belakang seseorang calun.

MR ingin mengambil Kawasan Merbok sebagai ‘benchmark’ bahagian-bahagian lain di negeri Kedah kerana di sini ialah kawasan peninggalan bekas tokoh-tokoh negara Daim dan Zam dan kawasan yang cukup kebal dengan BN selain dari Kubang Pasu.

Kawasan ini sekarang sedang dilanda kemelut politik dalaman yang berserabut. Hanya cantik di atas tetapi pekong di bawah. Lihat ~Merboktimes setelah sepenggal pilihanraya akan berakhir pergolakan dalaman masih tidak diubati. Maka tidak hairanlah jika kawasan ini bakal menerima calun ‘helicopter’ kerana tokoh-tokoh dalaman tidak bertokoh dan semua tunas-tunas muda yang ada dicantas secara terancang dan sistematik.

Apapun jika tersilap calun Kedah akan menjadi ‘miserable’ dan akan terbentuklah “Kelantan Dua” yang sukar dikembalikan kepada BN lagi.

Tiada ulasan: