"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dibunuh anak lelaki kerana telepon pintar

Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di Miri pada 3 petang.

Beliau berkata polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu, yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta  itu.

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. 
–Bernama-  


Tiada ulasan: