"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minta kebenaran sentuh kemaluan

Manila: Pihak berkuasa mencadangkan seorang atase buruh dan seorang pemandu atase negara itu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam skandal seks pekerja Filipina di luar negara.

Sumber Jabatan Kehakiman Filipina berkata, kedua-dua suspek berpangkalan di Arab Saudi itu berdepan pertuduhan salah laku dan mencabul.

Katanya, tindakan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada empat wanita di negara terbabit.

“Seorang daripada mereka berkata, atase terbabit menghubunginya ketika dia mahu mendapatkan bantuan daripada pegawai Pejabat Pekerja Luar Negara Filipina (Polo) kerana dirogol majikannya.

“Ketika dalam perjalanan ke pejabat sumber manusia, atase terbabit meminta mangsa membenarkan dia menyentuh kemaluannya,” katanya.

Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu.

Katanya, wanita terbabit turut menerima panggilan lucah dan ugutan daripada suspek ketika dia cuba menguruskan penghantaran pulang ke negara asal.

Menurut sumber berkenaan, kejadian itu sangat memalukan.

“Sangat tidak patut lelaki terbabit menggunakan jawatannya untuk bertindak di luar batasan terutama ke atas wanita yang menghadapi masalah di negara asing,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman dilaporkan menggugurkan dua lagi aduan yang dibuat mangsa ke atas suspek.

Aduan pertama digugurkan kerana pengadu gagal hadir ketika siasatan awal dijalankan, manakala aduan kedua digugurkan kerana kekurangan bukti.

Sementara itu, tuduhan salah laku seks bakal dikenakan ke atas pemandu kepada seorang lagi atase berdasarkan laporan seorang pembantu rumah Filipina yang berlindung di pejabat Polo.- Agensi

Tiada ulasan: