"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa dia Tan Sri Khalid Ibrahim??

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.

Kisah beliau bolehlah diumpamakan seperti sebuah cerita klasik rakyat dimana daripada seorang anak kampung biasa beliau meningkat naik menjadi pemimpin terkemuka dunia korporat. Kini, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar di negeri terkaya dan termaju, Selangor Darul Ehsan.

Dalam dunia korporat samada di arena nasional mahupun antarabangsa, nama Tan Sri Khalid bukanlah nama asing. Penerima anugerah "CEO Of The Year 1997" mula dikenali apabila berjaya mengambil alih syarikat perladangan tertua dan terbesar di Eropah, Guthrie Plc melalui satu insiden yang dipanggil "Down Raid" atau "Serangan Subuh".

Usaha pengambilalihan ( M&A ) secara mengejut itu telah mengejutkan pasaran saham London juga pemain utama dan terkenal dalam industri perladangan di seluruh dunia.

Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah. Selain itu beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Jasa Tan Sri Khalid Pada Parti Keadilan Rakyat yang tidak diketahui umum ialah beliau telah berjaya menyelamatkan Premis HQ PKR itu dari dilelong oleh pihak bank.
-tranungkite-

1 ulasan:

zack berkata...

Tak Payah kecoh kecoh bro. isu penukaran MB terengganu pun PKR tak ambik pusing.