"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat 2: Hujah pendakwa tidak kukuh, peguam yakin keputusan berpihak kepada Anwar

MUHAMMAD FAIZAL
PUTRAJAYA: Ramkarpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Fitnah Liwat II yakin keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada Anwar.

Peguam itu yang ditemui sejurus selesai perbicaraan hari ini turut memberitahu mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman.

"Kalau kita melihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎

"Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎," jelasnya.

Beliau ketika ditanya‎ memgenai bukti baru yang dibangkitkan pihak pendakwa, menjelaskan tidak ada bukti baru yang didedahkan sebaliknya bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.

"Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.

"Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan," sambung beliau.‎
‎Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowindasamy turut berpendapat hujah yang diberikan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak mempunyai hujah yang kukuh.
"‎Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya.
Mahkamah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari tadi akan bersambung pagi esok dengan pihak pendakwa menyambung semula hujah mereka sebelum pihak pembela mengambil giliran pada sebelah petang.
-harakahdaily-

1 ulasan:

Johan berkata...

Namun betulkan Si nuar tu peliwat? Buktinya bila peguambela sendiri mendakwa ia dilakukan suka sama suka.