"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir: TNB Temerloh kenakan bayaran RM5 untuk cas telefon?

Selain kes pecah rumah dan kedai yang banyak berlaku semasa banjir melanda ketika ini, mangsa bencana alam itu juga ditindas oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran untuk mengecas telefon bimbit di bangunan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Temerloh, Pahang.
Bayaran sebanyak RM5 untuk sekali cas itu diambil oleh pengawal-pengawal keselamatan daripada syarikat swasta yang diupah untuk mengawal bangunan tersebut.

Menurut Nurul Huda Mohamad, jirannya terpaksa membayar untuk mengecas telefon bimbit di bangunan tersebut kerana bekalan elektrik di kawasan sekitar telah diputuskan akibat banjir.

"Kekeliruan timbul apabila jiran-jiran yang pulang daripada mengecas telefon mengatakan TNB mengenakan bayaran sedangkan kita tahu ia sebuah syarikat milik kerajaan.

"Kenapa TNB begitu kejam dan menindas mangsa banjir yang sememangnya sedang berada di dalam kesusahan kerana rumah mereka dilanda banjir manakala bekalan elektrik pula terputus tetapi apabila disiasat, rupa-rupanya itu kerja pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di situ. Geram betul!,” katanya baru-baru ini sambil menambah laporan telah pun dibuat kepada pihak pengurusan TNB Temerloh untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang semakin pulih turut menyebabkan bekalan elektrik mula disambung semula. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: