"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"jihad jalan kami, shahid cita-cita kami"Itulah pegangann remaja ini yang meninggal dalam perjalanan membantu mangsa banjir

Remaja Maut Semasa Dalam Perjalanan Ke Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan

Sekadar berkongsi kisah sedih dan al fatihah untuk arwah.

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9 pagi td selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman ,menemui sebuah motor baru terbabas.
Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang di luar penghadang lebuhraya dan kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulans dan tiba 20 minit kemudian. Setelah dicek, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan yang cedera parah ,Fajrul Iman
Berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal.

Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.
Kelihatan di tepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid citq-cita kami".Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.

Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan di kalangan orang beriman.Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.

Al Fatihah

Tiada ulasan: