"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wabak E Coli ok takde penyebaran tapi wabak E Joli dah tersebar serata dunia (Gambar kartun Zunar)

Selain jangkitan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tiada tanda-tanda meletusnya wabak E coli di negeri-negeri dilanda banjir.

“Kami tidak terima sebarang laporan berhubung penyebarannya,” Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Bagaimanapun, katanya, pusat kawalan bencana negara mengambil beberapa langkah untuk mengawal jangkitan bakteria.

Ini katanya, termasuk memberi suntikan vaksin kepada pihak yang mengendalikan penghantaran makanan di pusat penempatan sementara.

Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan jangkitan terhadap Najib dan memberitahu bahawa doktor menasihatkannya supaya berehat./malaysiakini

Tiada ulasan: