"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kazim Elias bidas kenyataan Azalina Othman

FMT Reporters 
Mohd-Kazim-Elias_comnt_600
PETALING JAYA: Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengecam kenyataan yang dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung isu pegang-pegang dan seksi dalam drama serta filem.

Teguran itu dibuat di status laman Facebooknya.

“Astaghfirullah.. sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah Allah wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawa-bawa lah insaf, hidup di dunia tak lama, kuasa menteri pun apa sangat,”

Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Kazim mengingatkan jika tidak mampu menjadi baik, jangan pula menghalang orang lain yang ingin menjadi baik.

Katanya,beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan itu atas prinsip haram adalah haram walaupun dalam lakonan.

“Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pula berfikiran terbuka jangan disempitkan. katanya.

Tiga hari selepas dilantik semula ke kabinet, Azalina dalam kenyataannya menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Bagi Azalina isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

Tiada ulasan: