"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Perlu Bekerjasama Dengan GHB – Ustaz Hasrizal



PAS perlu bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggelakkan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya umum akan datang, kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Ustaz Hasrizal, penggerak laman saifulislam.com merupakan salah seorang pemikir awal yang mencadangkan kumpulan progresif PAS supaya membentuk parti Islam baharu.

“Mudah-mudahan ada perbincangan yang baik, contohnya ada persefahaman PAS dengan Harapan Baru.

“Mungkin PAS boleh kaji balik, di mana yang parti itu boleh mengekalkan sokongan dalam keadaan tidak seperti bersama dengan Pakatan Rakyat dahulu, kemudian (PAS) boleh teruskan (bertanding)

“Tetapi, kalau tempat-tempat yang kemenangannya banyak berpunca dari kebersamaan dengan Pakatan Rakyat, mungkin dia (PAS) kena kaji semula lah, sebab posisinya sudah tidak sama seperti PRU 13 yang lalu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ali Abu yang bertanya mungkinkah berlaku pertandingan tiga penjuru di antara UMNO, PAS dan Harapan Baru pada Pilihanraya Umum ke-14.

Hasrizal berkata sepatutnya tidak berlaku perpecahan dalam PAS, namun keputusan Muktamar ke-61 memaksa kumpulan progresif membentuk satu lagi parti baharu Islam.

“Jadi ada dua pilihan, pertamanya, perbaiki PAS dan kalau berjaya perbaiki PAS, yakinkan balik (masyarakat) bahawa PAS adalah seperti PAS yang sebelumnya (ketika berada dalam Pakatan Rakyat).

“Pilihan kedua yang ada adalah membentuk satu parti baru, walaupun ianya bukan pilihan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya bagi mereka yang nak bekerja, parti baru itu boleh menyediakan momentum untuk mereka…”katanya.

Hasrizal yang disebut-sebut dari kumpulan IKRAM turut ditanya tentang persoalan Mohamad Sabu sebagai penganut Syiah dan DAP yang dikaitkan dengan elemen komunis.

1 ulasan:

IrWrWs berkata...

Saya tak setuju sama sekali.. bukankah PAS dah byk bg kerusi pada PKR sejak PKR ditubuhkn pada 1999??.. PAS mesti bertanding semua kerusi yg PAS bertanding pd PRU 13..!

Mengenai kerusi GHB sepatutnya perbincangan 3 penjuru antara DAP dan PKR serta GHB shj.. tidak langsung melibatkan PAS.. lagipun konsep parti mereka bertiga m sama sahaja iaitu ada islam dan bukan islam dan lagi pelbagai bangsa! Elok utk bermuafakat..