"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Media UK Dedah CCTV Serangan Paris (video)


LONDON: Lima hari selepas serangan berdarah di Paris, media British, Daily Mail mendedahkan rakaman video kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Paris pada 13 November lalu.

Video ini diperoleh oleh akhbar berkenaan daripada rakaman litar televisyen tertutup (CCTV) di restoran terbabit.

Berdasarkan imejnya, kelihatan bagaimana penyerang bersenjata itu menembak restoran berkenaan secara rambang. Malahan, ada juga yang bernasib baik apabila tembakan penyerang tidak mengenai sasaran.

Kejadian kira-kira seminit itu bagaimanapun tidak mengakibatkan pelanggan atau pekerja restoran itu maut.

Sumber dailymail.co.uk turut menamakan seorang penyerang berkenaan yang dipercayai rakyat kelahiran Belgium berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Salah Abdeslam. Sehingga kini suspek belum ditahan.

Dalam kejadian serangan bersenjata dan pengeboman ke atas kota Paris yang mengejutkan dunia itu, sekurang-kurangnya 129 dikenal pasti maut, manakala 180 cedera termasuk 99 parah.
-mstar-

Tiada ulasan: