"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AWAS!!!!! Jangan menjawab telefon ketika mengisi minyak kenderaan, jika tidak ini padahnya

Kuala Lumpur – Tindakan pantas pekerja stesen minyak yang curiga melihat sebelah kasut di bahagian luar sebuah kereta, berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta berkenaan selepas disambar api akibat penggunaan telefon bimbit.

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata, selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Dalam kejadian tengah hari tadi, wanita berkenaan melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa yang dikenali sebagai T Sarifhla, 25, dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

“Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Muhd Haikal berkata, semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api telahpun padam.

Menurutnya, pekerjanya kemudiannya bertindak menutup seluruh kawasan stesen minyak itu dan menghubungi pihak polis dan bomba.

“Pada masa sama, pekerja saya turut menghalang orang ramai dari mendekati kawasan kejadian.

“Mereka semua telah dilatih supaya bertindak memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini sebelum bantuan seterusnya tiba,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan: