"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai penuh nama 24 menteri, 16 timbalan menteri kabinet PH sudah tular

DALIA ISMAIL
Kabinet Pakatan Harapan (PH) keseluruhannya membariskan 24 Menteri Persekutuan dan 16 Timbalan Menteri yang mana nama-nama
yang disenaraikan itu dijadualkan akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong pada 2 Julai depan.

Sebelum ini PH telah mengumumkan 15 menteri kabinetnya.

Dalam kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz hari ini, dipetik berkata YDP
Agong Sultan Muhammad V menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada
20 Jun lalu dan menyerahkan kembali senarai tersebut yang diperkenankan Sultan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat
22 Jun lalu.

Dengan maklumat terkini ini sudah tersebar senarai penuh barisan menteri kabinet dan timbalan menteri walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang medianya semalam dipetik berkata, akan mengumumkan senarai penuh menteri kabinet pada minggu hadapan.

Beliau membayangkan akan menyenaraikan 29 orang untuk mengisi kabinet PH berbanding di bawah pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebanyak 35 kabinet.

Terdapat tiga kementerian yang tidak mempunyai lantikan bagi jawatan Menteri iaitu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam senarai yang tersebar itu juga menunjukkan desas desus Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dilantik Menteri Belia dan Sukan tidak menjadi kenyataan. Malah portfolio bagi jawatan menteri tidak diwujudkan tetapi mempunyai seorang timbalan menteri di itu yang akan dilantik ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.

Manakala satu portfolio tiada lantikan bagi jawatan timbalan menteri iaitu di Kementerian Kerja Raya yang mana menterinya ialah Baru Bian.

Senarai penuh yang sudah tersebar itu membariskan pimpinan utama keempat parti gabungan dalam Pakatan Harapan menjawat portfolio menteri dan timbalan menteri kabinet.

Bagi jawatan yang diserahkan kepada PKR adalah bagi portfolio Menteri Luar disandang Setiausaha Agung PH Datuk Saifuddin Abdullah (PKR); Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dilantik Menteri Industri Utama dan Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dilantik Menteri Kerjaraya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;Naib Pengerusi DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Bagi mewakili AMANAH, Pengarah Pilihan Raya AMANAH Dr Hatta Ramli dilantik Menteri Pembangunan Usahawan; Setiausaha Agung
AMANAH Anuar Tahir dilantik Menteri Kerjaraya.

Manakala tiga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dilantik Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh (Menteri Agama); Ahli Parlimen Sepang (Menteri Undang-undang) dan;Ahli Parlimen Tanjung Piai dari Bersatu Dr Md Farid Mohd Rafiq sebagai menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Manakala senarai penuh lantikan 16 Timbalan Menteri adalah seperti berikut:

1. Kementerian Kewangan – Datuk Ir Amiruddin Hamzah
2. Kementerian Dalam Negeri – Datuk Aziz Jamman
3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat –
Hannah Yeoh
4. Kementerian Pelajaran -Teo Ni Ching
5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat – Sivarasa
Rasiah
6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Dr Ahmad
Termizi Ramli
7. Kementerian Pengangkutan -Datuk Kamaruddin Jaafar
8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia – Eddin Syazlee
9. Kementerian Tenaga Manusia – Datuk Mahfuz Omar
10.Kementerian Pertanian – SIm Tzee Tin
11.Kementerian Kesihatan – Lee Boon Chai
12.Kementerian Wilayah – Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
13.Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya – Bakhtiar Wan Chik
14.Kementerian Tenaga, teknologi, saina, Perubahan Iklim dan
Alam Sekitar – Isnaraisah Munirah Majilis
15.Kementerian Belia dan Sukan -Steven Chee Keong
16.Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Dr Ong Kian Ming

Tiada ulasan: