"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki enggan ditahan polis kelar leher sendiri

Bernama

KEPALA BATAS: Seorang lelaki yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar leher sendiri dalam kejadian di rumahnya di Bagan Jermal, Butterworth Sabtu lepas.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 5 petang itu, lelaki berusia 32 tahun tersebut yang sedang menunggang motosikal pada mulanya ditahan polis sebelum bertindak melarikan diri dan bersembunyi di rumahnya di Flat Thamby Kecil.

“Polis bertindak mengejar lelaki itu sehingga ke rumahnya sebelum memecahkan pintu jeriji besi rumah berkenaan dan suspek yang ketika itu sedang memegang pisau lipat bertindak mengelar lehernya di situ bagi mengelak ditahan, dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Lelaki yang mempunyai 20 rekod lampau tersebut menerima 30 jahitan di leher dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Lelaki terbabit turut dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah.

Beliau berkata hasil siasatan lelaki itu juga didapati memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak dan dia dihantar semula ke pusat rawatan itu bagi mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan rawatan sakit jiwa sebelum ini, lelaki itu mengalami keadaan tersebut (sakit mental) berikutan pengaruh alkohol dan dadah yang keterlaluan serta mempunyai kebiasaan cuba membunuh diri apabila ditangkap polis,” katanya.

Noorzainy berkata lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu dipercayai terlibat sekurang-kurang 10 kes ragut di Seberang Perai Utara dan Tengah sejak bulan lepas.

Polis percaya dia turut terlibat jenayah lain seperti curi motosikal kerana motosikal digunakan semasa kejadian tersebut adalah kenderaan curi.

Tiada ulasan: