"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMANAH yakin kerajaan PN paling singkat dalam sejarah

MALAYSIA DATELINE
AMANAH yakin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang akan menjadi kerajaan yang paling pendek dalam sejarah negara ini, kata Pengarah Komunikasinya Khalid Abd Samad.

Ini kerana, Pakatan Harapan (PH) yakin mempunyai majoriti yang cukup dalam Dewan Rakyat untuk menang dalam undi tidak percaya nanti.

“Buat masa sekarang kita akan beri peluang kepadan Tan Sri Muhyiddin untuk membuktikan kesahihan kerajaannya di Dewan Rakyat.

“Namun jika Muhyiddin terus mengelak untuk menghadapi undi tidak percaya, kita akan gunakan segala kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Ini kerana inilah yang dikehendaki oleh rakyat berdasarkan mandat mereka pada pilihan raya umum ke 14 lalu,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Menurut Khalid, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju dengan cadangan usul undi tidak percaya yang hendak dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya yakin jika Tun M tidak mengemukakan usul itu, PH akan kemukakan,” kata Khalid.

Menurut beliau, semua perkara utama mengenai undi tidak percaya ini sudah diselesaikan dan tidak benar sebagaimana yang didakwa bahawa Tun Dr Mahathir dan Anwar bergaduh.

“Itu gambaran yang cuba diberikan oleh PN. Gambaran bahawa PH pecah, agar ahli Parlimen atas pagar tak kembali semula kepada PH.

“Mereka gambarkan ada MP PKR nak lompat, Anwar Mahathir bergaduh. Semuanya nak pasti Ahli Parlimen yang keluar tidak kembali kepada PH semula,” kata Khalid.

Tiada ulasan: