"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Langgar PKPB: Jiran buat laporan polis terhadap Adun

AKMAL MANAF

Jiran kepada Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, telah membuat laporan polis ke atas beliau.

Berdasarkan salinan laporan polis yang diterima, pengadu menyatakan laporan tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab beliau sebagai warganegara Malaysia.

Katanya, laporan polis dibuat agar siasatan dan tindakan dilakukan terhadap Adun berkenaan dan juga mereka yang berkumpul dalam gambar tersebut.

“Pada jam 8 malam, saya terbaca kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Nor Azam (di Harian Metro) berkaitan dengan sebaran gambar yang melanggar SOP PKPB bahawa pihak polis tidak menerima sebarang aduan tentang perkara tersebut.

“Atas rasa tanggungjawab saya sebagai warganegara Malaysia, saya datang ke balai untuk membuat laporan polis,” katanya seperti dipetik dalam laporan polis itu.

Semalam, Harian Metro melaporkan, tangkap layar yang tersebar sebelum ini memaparkan terdapat gambar 21 individu termasuk Abdul Rashid serta ayat berbunyi, @PDRMsia @IsmailSabri60 @MuhyiddinYassin kalau YB, tak perlu ikut SOP ke? #N44 #DUNSelatKlang.

Tiada ulasan: