"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Honda Accord baharu untuk Exco Kedah?

MALAYSIA DATELINE

Honda Accord baharu untuk Exco Kedah?

Lebih 10 kereta Honda Accord baharu dengan nombor pendaftaran ‘K’ dikatakan telah dibeli oleh kerajaan negeri Kedah.

Dua deretan kereta itu yang diparkir di perkarangan sebuah bangunan tular dalam  satu video tular di media sosial.

Perakam dalam video berdurasi 13 saat tersebut mendakwa deretan kereta itu milik barisan Exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Lekas-lekas pilih nak yang mana? Cepatlah berderet-deret,” katanya.

“(Kereta) Exco ke ini?, soal rakannya.

“Hmmm (mengaku ini adalah kereta Exco),” balas lelaki yang merakam video itu.

Rakaman tersebut dipaparkan dalam Facebook bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya yang mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan negeri itu.

Katanya, langkah itu tidak perlu dilakukan tatkala rakyat negara ini sedang berdepan dengan tekanan ekonomi ekoran penukaran pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan hidup rakyat tertekan hilang sumber pendapatan kerana serangan Covid19 kerajaan negeri keluarkan kereta baru.

“Apakah kereta yang lama dah tak boleh diguna pakai lagi?, soal Abu Bakar lagi.

Tahun lepas, ketika Sanusi sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pemimpin Pas itu menempelak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir susulan pembelian 10 Toyota Camry baharu untuk kegunaan Exco negeri menggantikan Proton Perdana.

Sanusi menerusi catatannya di Facebook ketika itu menyatakan rasa hairan kerajaan negeri mempunyai wang yang banyak untuk membeli kereta berkenaan.

Tiada ulasan: