"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tasbih, antara wirid dan mengira sokongan

TAMRIN TUN GHAFAR

Biasanya jumlah semut akan bertambah mendampingi gula namun kini kita dapati jumlah semut berkurangan walau pun sudah 9 bulan berada di meja.

Katanya YDP Agong berpuas hati apabila dimaklumkan Muhyiddin mempunyai sokongan yang meyakinkan, justeru diperkenankan sebagai Perdana Menteri yang baru.

Muhyiddin dan juak-juaknya berpelukan dan ada yang berpesta sehingga menitiskan air mata kegembiran dengan berita perlantikan itu.

Pengkhianatan yang diikuti dengan tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang atau mengikut istilah Hadi Kerajaan Tebuk Atap adalah ekoran peristiwa ‘Langkah Sheraton’.

Tidak boleh dinafikan 3 pelakon utama rampasan kuasa tersebut ialah Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sedangkan yang lainnya adalah pelakon tambahan sahaja yang memegang perisai dan tombak.

Setelah menangguhkan Perasmian Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei, dari 222 jumlah keseluruhan, sokongan terhadap Muhyiddin hanya 114 Ahli Parlimen sahaja; dan kini 113 setelah Ahli Parlimen Grik meninggal dunia baru-baru ini (Al Fatihah).

Tidak pasti sama ada Muhyuddin telah bercakap benar atau telah berjaya membohongi YDP Agong dengan jumlah sebenar yang didapati.

2 hari lagi iaitu pada hari Rabu 25 November 2020, Ahli-ahli Parlimen akan mengundi sama ada menyokong atau menolak Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Berbagai-bagai pendapat dan syarat telah diberi dan ada yang menganggap jika tidak menyokongnya ia merupakan sebagai pengkhianat.

Penolakan belanjawan bermakna undi tidak percaya kepada Kerajaan Tebuk Atap tetapi ia tidak bererti gaji dan pencen tidak boleh dibayar seperti sebelum ini.

Dengan majoriti 2 Kerusi sahaja walaupun mempunyai Kabinet yang terbesar di dunia; menteri dan 3 orang duta bertaraf menteri dan timbalan yang berjumlah 72 orang kesemuanya! Muhyiddin, Azmin dan Hamzah mungkin tidak dapat tidur lena.

Umno yang merupakan parti yang terbesar dalam Kerajaan sekarang telah terlalu berlembut dan mengalah kepada Muhyiddin seolah-olah telah dipukau.

Allah SWT sedang menguji Pas yang sejak penubuhannya berjuang untuk mewujudkan undang-undang dan akhirnya menubuhkan negara Islam, dengan memberi mereka kuasa, namun setakat ini segala apa yang dipejuangkan itu adalah retorik semata-mata.

Umat Islam khususnyanya ahli-ahli akar umbi Pas tertanya-tanya apakah Pas dibawah pimpinan Hadi sudah mempunyai fatwa baru, menghalalkan yang haram.

Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan semua kedai dan pusat judi termasuk Kasino di Genting Highland dan pengharaman serta penutupan kedai-kedai arak dan kilang pengeluaran arak.

Orang Islam juga menuntut Kerajaan yang mana Pas berada bersama membersihkan negara ini dari segala aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.

Allah SWT sedang memerhati apakah ahli-Ahli Parlimen Pas akan terus menyokong pengkhianat yang terbukti telah bergelumang dengan maksiat seperti Muhyiddin dengan isteri orang, Nika Gee, Azmin dengan kes semburitnya dan fitnah Hamzah terhadap Anwar.

Menarik sokongan terhadap pengkhianat tidak bererti mengkhianati seseorang.

Saya yakin ahli-ahli Parlimen Pas pun sedar bahawa hanya Allah SWT sahaja yang menentukan segala-galanya termasuk rezeki dan kedudukan, asalkan kita laksanakan segala perintahnya dan menjauhkan diri dari segala larangannya.

Berdoa dan berzikir itu sememangnya baik dan digalakan namun apa faedahnya jika ianya setakat di bibir sahaja tanpa melaksanakan segala yang diperintah Allah SWT.

Bagi mengekalkan jawatan Muhyiddin sekali lagi terpaksa berbaik dan berjanji dengan semua pihak.

Tidak mustahil tasbih di tangan digunakan bukan untuk berwirid tetapi untuk menghitung jumlah undi yang akan diperolehi.

Tiada ulasan: