"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM tahan bekas CEO syarikat dan isteri dalam kes pecah amanah RM140 juta

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersenarai awam dan isterinya berhubung siasatan kes pecah amanah melibatkan RM140 juta.

Sumber memberitahu FMT, dua suspek itu, masing-masing berusia 63 tahun, ditahan di ibu pejabat SPRM pagi tadi setelah mereka hadir untuk disoal siasat.

Isteri kepada CEO itu adalah juga pengarah syarikat berkenaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok pagi untuk menghadapi beberapa tuduhan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan,” kata sumber itu.

Tiada ulasan: