"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Saiful kena ‘sekolah’ dengan netizen isu dana RM85 juta Jasa

ARIF ATAN

Rata-rata netizen mengecam Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung peruntukan sehingga RM85.5 juta terhadap kewujudan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Sebelum itu, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkenaan berkata, pembangkang kini sedang cuba untuk membesarkan isu peruntukan tersebut.

Katanya, Jasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukannya untuk propaganda seperti dahulu sebaliknya mendengar rintihan rakyat dan masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, warganet menempelak kenyataan Wan Saiful termasuk menegaskan tidak akan menghalalkan sesen pun wang untuk digunakan agen propaganda kerajaan.

“Tarik semula peruntukan untuk Jasa. Banyak lagi keperluan lain yang lebih mendesak dan banyak lagi program yang bermanfaat langsung untuk rakyat boleh digunakan dari peruntukan Jasa,” kata pengguna Facebook, Jamal Affendi.

Sementara itu, Abu Ismail pula secara sinis menganggap Wan Saiful baru bangun dari tidur kerana dilihat tidak memahami keperluan sebenar rakyat.

“Orang maki berderet dah pasal potongan peruntukan untuk KKM, isu KWSP, bonus penjawat awam, potongan peruntukan sekolah agama dan tahfiz. Hang (Wan Saiful) baru bangkit tidur ke?” katanya.

Bagi Ahmad Fahmi Sulaiman pula, kerajaan seolah-olah terpaksa berbelanja banyak demi membetulkan salah faham rakyat berhubung keputusan dan dasar kerajaan.

“Mahal betul harga kesalahfahaman rakyat. Terpaksa kerajaan membelanjakan RM85 juta untuk memperbetulkannya. Alhamdulillah,” sindirnya.

Tiada ulasan: