"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penguatkuasa Malaysia gagal: Tak berubah-ubah, 'Mini Dhaka' meriah dengan penjaja asing

Azhar Shahrulnizam
am@hmetro.com.my
‘MINI Dhaka’ yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu kembali ‘meriah’ dan menjadi tumpuan warga asing. FOTO Sadiq Sani
‘MINI Dhaka’ yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu kembali ‘meriah’ dan menjadi tumpuan warga asing. FOTO Sadiq Sani
Kuala Lumpur: 'Mini Dhaka' yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu, di sini, 'meriah' dengan kehadiran warga asing yang menjaja di sekitar kaki lima.

Rata-rata penjaja itu terdiri daripada warga Bangladesh.

Tinjauan BH hari ini mendapati terdapat lebih daripada 10 orang penjaja yang menjual barangan seperti manisan, sirih, rokok seludup dan juga ikan di sepanjang kaki lima.

Menurut seorang penjaja ikan warga Bangladesh, bekalan ikan yang dijual diperoleh daripada kedai yang berhampiran.

"Saya dapat ikan ini daripada kedai di belakang sana (berhampiran Jalan Silang). Bekalan ini pula mereka peroleh daripada (warga) Myanmar. Seekor saya jual dengan harga RM11," katanya ketika ditemui BH.

Ketika BH ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, peniaga itu meninggalkan jualannya dan beredar ke tempat lain. Seolah-olah ingin melarikan diri daripada ditanya soalan dengan lebih lanjut.

Tinjauan BH juga mendapati terdapat beberapa peminta sedekah daripada warga Rohingnya yang berkeliaran.

Sekiranya tidak diberi wang, mereka akan bertindak dengan agresif seperti menarik baju untuk menghalang pejalan kaki daripada pergi ke tempat lain ke tempat lain.

Tidak jauh dari Jalan Silang, sebuah stesen bas Rapid KL dilihat turut dipenuhi warga asing yang berpusu-pusu menggunakan pengangkutan awam sedia ada.

Sementara itu, peniaga air balang yang ingin dikenali sebagai Putra berkata, situasi ini adalah normal terutamanya ketika musim perayaan.

"Walaupun hari ini boleh dikatakan ramai warga asing, sebenarnya bilangan mereka sudah banyak berkurang berbanding tahun lalu. Sebelum operasi membanteras 'Mini Dhaka' mereka lebih ramai, kini mereka lebih berhati-hati.

"Apabila dikelilingi warga asing ini, saya akui sedikit sebanyak agak takut, tetapi saya mahu mencari rezeki terpaksa beranikan diri," katanya.

Beliau turut akui perniagaannya terganggu disebabkan penjaja warga asing berkeliaran.

"Peniaga asing ini memang mengganggu perniagaan saya kerana mereka menghalang laluan. Selain itu, walaupun kawasan ini dibanjiri manusia namun jualan tidak menguntungkan. Sehingga jam 1 petang ini, saya hanya berjaya menjual 10 biji kelapa sahaja," katanya.

pada 21 Disember lalu, dilaporkan lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung 'Dhaka mini' di Jalan Silang.

Kepungan bermula pada 11 pagi itu bagi menyerbu koloni warga asing yang dilihat semakin 'besar kepala' dengan berlagak seperti warga tempatan.

Pasukan keselamatan lengkap bersenjata dan peralatan khas dilihat mula memecah masuk ke setiap premis membabitkan empat blok di jalan terbabit menjejak mereka yang cuba melarikan diri.

Difahamkan serbuan dijalankan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing secara haram.

Tiada ulasan: