"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pramugara Malaysia saman SIA RM6.3 juta kerana ‘jatuh terpijak minyak’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang bekas pramugara Singapore Airlines (SIA) warga Malaysia menyaman syarikat itu SGD1.78 juta (kira-kira RM6.3 juta) untuk kecederaan tulang belakang yang dialaminya kerana didakwa tergelincir akibat terpijak lantai berminyak ketika menaiki pesawat pada 2019.

Durairaj Santiran, 35, mendakwa bekas majikannya itu sebagai cuai kerana membiarkan suasana kerja yang tidak selamat, lapor The Straits Times.

Di mahkamah semalam, SIA mendakwa bahawa “keseluruhan cerita” Durairaj adalah palsu. Durairaj berkata dia bercakap benar.

Menurut laporan itu, Durairaj, kini seorang penganalis jagaan pelanggan di Malaysia, mendakwa dia tergelincir di
atas satu tempat berminyak, yang dia minta untuk dibersihkan, semasa penerbangan dari San Francisco ke Singapura pada 6 Sept 2019.

Lelaki itu memberitahu mahkamah bahawa dia terjatuh ke belakang dan kepalanya terhantuk ke lantai.

Durairaj, yang bekerja dengan SIA dari April 2016 hingga April 2021, mendakwa bahawa akibat kecederaan pada tulang belakangnya, dia tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai pramugara.

Ganti rugi yang diminta termasuklah SGD1.29 juta untuk kerugian pendapatan masa depan, SGD30,000 untuk kerugian keupayaan mencari pendapatan dan SGD150,000 untuk kos perubatan dan pengangkutan masa depan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Durairaj memakai pendakap leher ketika dia hadir ke mahkamah semalam, hari pertama untuk perbicaraan 10 hari.

Tiada ulasan: