"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pempengaruh PN: ‘Undang-undang Islam dah mansuh’

Harapandaily

Seorang pempengaruh Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan nama Dd Chronicles di media sosial, mendakwa undang-undang Islam sudah dimansuhkan di negara ini.

Menerusi parodi provokatifnya, dia dilihat mempermainkan keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Dd Chronicles atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 44, dalam video berdurasi 3 minit 55 saat itu dilihat membuka “kaunter pengakuan Mahkamah Sivil pandu lalu”.

Dia yang menjaga ‘kaunter pandu lalu’ itu seolah-olah ‘didatangi’ tiga individu yang terlibat dalam tiga kesalahan iaitu pengambilan minuman keras, berjudi dan meliwat.

“Minum arak bukan satu kesalahan,” kata Dd.

Dia juga mengiyakan pertanyaan bahawa orang boleh minum arak asalkan tidak memandu sehingga menyebabkan kematian.

Bagi kesalahan berjudi iaitu beli nombor ekor, Dd berkata:

“Siapa cakap beli nombor ekor, salah? Itu Islam cakap (salah). Tapi (mahkamah) Sivil cakap kalau berlesen tak salah.

Sejurus ‘ditanyakan’ adakah undang-undang Islam sudah tiada, Dd Chronicles yang pernah mengaku ibu bapanya adalah pemegang kad pengenalan merah menjawab:

“Dah mansuhlah, encik.”

“Takkan undang-undang kata boleh (main nombor ekor), kita nak lawan.”

Selain itu, Dd juga memberi komentar berhubung orang yang mengaku terlibat dalam kesalahan liwat.

“Namun, disebabkan encik mengaku (liwat), encik hanya perlu bayar RM50,000 sahaja.

“Nak penjara 20 tahun atau pun nak bayar 50,000?” tanya Dd kepada ‘individu’ yang telah mengaku liwat itu.

Tiada ulasan: