"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu ‘planta’ hanya rekaan untuk hina PMX

Harapandaily

Tular pengakuan ‘cytro’ Perikatan Nasional (PN) berkenaan isu ‘planta’ dan ‘Mr Nobody’ yang rupanya hanya rekaan untuk menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sedutan sembang melibatkan sekumpulan ‘cytro’ pembangkang itu termasuk Ratu Naga, lelaki berbaju putih itu menganggap ada keraguan dan cerita tidak benar.

“Ini tak boleh jadi. Ini isu maruah. Tak suka seseorang itu tak perlu mengaibkan orang lain sampai pakaian dalam.

“Kita kena politik matanglah…,” kata lelaki berkenaan atas nama Anna Umairah.

Beberapa nama ‘cytro’ PN lain disebut antaranya Meong yang difahamkan telah tertipu dengan fitnah itu.

Kelihatan juga mereka sudah bergaduh dan saling menyalahkan antara satu sama lain sekaligus fitnah ‘planta’ yang mereka sendiri reka sebelum ini untuk menghina Anwar Ibrahim telah terburai dengan sendirinya.

Pengakuan itu antara lain dibuat kerana menganggap adanya kifarah atau balasan kepada dia yang bersubahat.

Susulan tersebarnya pengakuan fitnah itu, orang ramai berharap mereka terlibat memohon maaf dan bertaubat.

“Semoga Allah SWT membalas setiap kejahatan dan fitnah yang mereka buat terhadap DSAI.

“Alhamdulillah. Allah buka pekung-pekung kaki fitnah ni. Semoga bertaubatlah yang duk fitnah-fitnah planta tak habis-habis tu. Dah kebulur sangat kot nak makan planta.

“Geng suka fitnah pun ramai follower. Dah tu follower canang diorang pejuang Islam,” demikian antara kecaman warga maya.

Tiada ulasan: