"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesawat terhempas dekat Kapar

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
SERPIHAN pesawat kecil yang terhempas. FOTO ihsan bomba
SERPIHAN pesawat kecil yang terhempas. FOTO ihsan bomba
Klang: Sebuah pesawat kecil dipercayai terhempas di kawasan kampung sekitar Kapar di sini, hari ini.
 
Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.
"Ada, kita sedang kumpulkan maklumat dan nanti kami akan keluarkan kenyataan rasmi," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu beberapa rakaman video tular memaparkan bangkai pesawat terhempas di sebuah kawasan kebun dimuat naik beberapa individu di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, saksi mendakwa pesawat malang itu berkecai di udara sebelum jatuh terhempas.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan berhubung kenyataan berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tidak mengulas lanjut.

Tiada ulasan: