"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut ditikam 3 kali ketika hubungan seks

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tikaman di perut dipercayai dilakukan teman wanitanya di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima maklumat pada 6.30 petang mengenai penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam selain tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi mayat mangsa ditemui.

Katanya, susulan daripada itu, pihak polis sudah menahan seorang wanita, 28, serta merampas pisau pemotong sayur yang digunakan dalam kes pembunuhan itu.

"Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 28 Mac lalu dimana mangsa membawa seorang wanita dari Sungai Tong Setiu Terengganu ke beberapa kawasan di dalam daerah Kuala Krai.

"Mangsa kemudian ditikam sebanyak tiga tikaman di perut dengan menggunakan pisau oleh wanita berkenaan ketika melakukan hubungan seks.

"Mangsa dipercayai melarikan diri setelah perempuan berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa adalah lelaki, 45, dan mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik.

"Hasil semakan rekod keatas mangsa mendapati, mangsa adalah seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

"Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan luka yang terdapat di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

"Pada masa sama, mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: