"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM: ‘Jangan berlumba-lumba anjur rumah terbuka mewah, bukan duit anda pun’

SITI NUR ZAWANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini sebagai langkah berjimat cermat dan sambutan sederhana.

Ini kali kedua pentadbirannya tidak mengadakan rumah terbuka di peringkat Persekutuan seperti diamalkan pentadbiran sebelum ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata beliau akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri.

“Saya dah putus untuk sambutan Aidilfitri tidak buat besar-besaran di Seri Perdana, saya akan ikut beberapa sambutan yang dibuat di negeri-negeri dan kementerian-kementerian seperti mana Ramadan ada kementerian menerajui dan saya hadir.

“Jadi tidak menokok belanja kalau dibuat besar-besaran sangat di Seri Perdana,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Hari Raya yang sederhana.

“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya.

Tiada ulasan: