"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes lelaki Israel bersenjata api: Polis tahan empat lagi individu

AKMAL MANAF

Empat lagi individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Johor semalam bagi membantu siasatan susulan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, tangkapan berkenaan melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita.

“Kita ada tahan empat lagi individu di Johor semalam, yang kita percaya boleh membantu siasatan polis dalam kes ini.

“Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun ditangkap di sekitar kawasan Skudai dan Gelang Patah. Siasatan masih dijalankan,” katanya, lapor BH.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kaitan empat suspek berkenaan dalam kes ini serta peranan mereka.

Menerusi empat tangkapan terbaharu ini, menjadikan seramai lapan individu ditahan setakat ini, termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.

Mengenai reman suspek suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan enam pistol kepada suspek utama, Razarudin berkata, pihaknya akan membuat permohonan sambung reman selepas reman mereka tamat esok.

Pada 27 Mac lalu, suspek warga Israel berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah bersama enam pistol dan 200 peluru.

Dalam kes sama, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Lelaki Israel itu dikesan masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis yang sah.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama suspek tersebut memasuki negara ini, selain tujuannya memiliki senjata api.

Tiada ulasan: