"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tan Sri didakwa esok berkait kontrak urus kenderaan kerajaan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengarah urusan sebuah syarikat terlibat dalam perolehan dan pengurusan fleet kenderaan kerajaan akan didakwa atas tuduhan rasuah esok.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran untuk mendakwa ahli perniagaan bergelar Tan Sri, selepas beliau disiasat atas dakwaan tuntutan palsu.

Difahamkan, agensi antirasuah itu sudah merekod keterangan beberapa saksi penting, termasuk bekas menteri kewangan dan beberapa individu daripada syarikat berkenaan, yang menjadi sebahagian siasatan kes.

Sumber berkata, syarikat itu sebelum ini dianugerahkan kontrak 15 tahun bernilai RM4.5 bilion membekal dan menguruskan fleet kenderaan kerajaan hingga 2037.

Ketika dihubungi, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim berkata suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Beliau juga mengesahkan suspek disiasat kerana disyaki membuat tuntutan palsu bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Januari, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihaknya menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan empat syarikatnya.

Ahli perniagaan itu merupakan pemegang saham utama syarikat yang bertanggungjawab membekal kenderaan kepada kerajaan.

Azam memberitahu The Star, SPRM ingin kenal pasti kenapa syarikat itu diberikan kerja mengurus kenderaan kerajaan.

Beliau juga berkata, SPRM turut mahu mengetahui kenapa kontrak diberikan kepada syarikat lain dibatalkan walaupun sudah menerima surat niat daripada Kementerian Kewangan.

Tiada ulasan: