"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang dilarang merokok pelancong serang pemandu teksi

KOSMO!

BANGKOK  – Seorang pelancong lelaki dari Austria menyerang seorang pemandu teksi selepas dia dilarang merokok di dalam kenderaan itu di Phuket semalam, lapor portal berita Khaosod.

Pelancong dikenali sebagai Gernot itu menghisap rokok di dalam teksi selepas tiba di  Lapangan Terbang Phuket.

Pemandu teksi dikenali sebagai Wutthiporn menegur dan melarang Gernot daripada  merokok sehingga mencetuskan kemarahannya.

Apabila teksi itu tiba di Pejabat Perbandaran Daerah Kecil Thepkrasattri, pelancong tersebut yang duduk di belakang,  berpindah ke tempat duduk hadapan  dan menyerang Wutthiporn.

Tindakannya menyebabkan pemandu teksi tidak dapat mengawal kenderaan yang kemudian melanggar kereta milik seorang lelaki dikenali sebagai Thanongsak.

Wutthiporn kemudian membuka pintu teksinya dan meminta bantuan,  menyebabkan beberapa orang datang untuk membantunya dan  mengubungi polis.

Polis menahan Gernot  dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama sebulan dan denda tidak lebih 10,000 baht (RM1,291). – AGENSI 

Tiada ulasan: