Malaysiakini
Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini.
Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah, pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parlimen Marang terbabit secara berlebihan.
Malah, kata Nakhaie yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu, ketika ini tiada sesiapa pun yang berani bersuara untuk mencadangkan agar Abdul Hadi berundur daripada politik serta parti.
"Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa.
"Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini.
Untuk rekod Mohd Nakhaie meninggalkan PAS dan menyertai Umno pada 1989 di sebalik kedudukannya yang senior dalam parti tersebut. Anak kelahiran Kedah itu kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Terdahulu dia turut tampil dalam polemik kesahihan dakwaan Abdul Hadi yang dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan diminta mendamaikan perseteruan du antara golongan Sunni dan Syiah.
Walaupun tidak menyebut secara langsung Mohd Nakhaie antara lain berkata, antara tanda sesuatu ajaran itu sesat ialah apabila ia diambil daripada mimpi bertemu Rasulullan dan menerima arahan daripada baginda.
"Nabi pesan kepada seseorang dalam mimpi, bolehkah orang itu menyimpan dalam keyakinannya bahawa dia berada di jalan yang benar dengan mimpinya itu?
"Tindak-tanduk perjuangannya juga adalah benar, adakah benar? Bagaimana pula dalam realiti hidupnya dia yakin perlembagaan negara ini thagut dan pada waktu sama dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan itu?
"Apakah yang dilakukannya itu benar dan dia yakin benar?
"Soalnya yang dipercayai merujuk kepada Amanat Abdul Hadi suatu masa dahulu," katanya.
Dalam hantaran pula bekas Ahli Parlimen Baling itu menjelaskan, Islam tidak dikembangkan berdasarkan mimpi sebaliknya ilmu yang terpancar dari al-Quran dan sunnah.
"Sayang, tokoh yang punya banyak mengikut, atas nama Islam membiarkan pengikutnya berfikiran kotor, memuja pemimpin dan jumud," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan