"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pukul anjing hingga mati, lelaki ditahan

FMT Reporters

Polis berkata suspek ditangkap di sebuah bengkel di Keningau, Sabah selepas menerima laporan mengenai video kejadian itu yang tular.
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek menghampiri anjing itu sebelum memukul haiwan berkenaan dengan batang besi hingga mati.
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun di Keningau, Sabah kerana disyaki memukul seekor anjing dengan batang besi hingga mati.

Ketua Polis Keningau Yampil Garai berkata pihaknya menerima laporan satu video tular mengenai kejadian itu semalam dan mendapati ia berlaku di sebuah bengkel Kampung Patikang, Keningau.

Katanya, susulan laporan itu sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau berjaya menahan suspek pada jam 10.30 malam tadi dan merampas batang besi yang digunakan.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salah guna rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: