Harapandaily
Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa Anwar mahu dilihat lebih baik ketimbang Nabi Muhammad (s.a.w) dengan menolak gaji sebagai perdana menteri.
Hadi bagaimanapun tidak menyebut kawasan parlimen Anwar, Tambun, semasa menyindir beliau.
“Allah memperuntukkan 20 peratus kepada Nabi Muhammad. Ada peruntukan untuk Nabi dan keluarganya…(tetapi Baginda) gunakannya untuk bantu dan mendahulukan orang lain (seperti) orang kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan serta orang musafir.
“Namun ada orang yang nak tunjuk lebih daripada Rasulullah (dengan) tak mahu terima gaji. Itu cerita lainlah,” katanya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.
Anwar telah menolak gaji sebagai perdana menteri dan menteri kewangan sejak Nov 2022.
Beliau juga menolak elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional.
Sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah membangkitkan isu ini dalam perbahasan beliau.
Isu ini mula ditimbulkan oleh timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan