"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Anak muda dinasihat tak berfoya-foya di kelab malam Golok - Polis

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengingatkan anak muda negeri ini supaya tidak mengunjungi kelab malam di Golok, Thailand kerana dibimbangi minuman atau cecair vape yang disediakan di premis dikunjungi itu dicampur dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata semua kemungkinan boleh berlaku apabila mereka berada di lokasi sedemikian.

Pada masa sama, ia juga mendedahkan anak muda secara tidak langsung untuk terjebak dengan dadah, sedangkan sebelum ini mereka tidak terbabit dengan kegiatan itu.

"Kita bimbang dadah itu dimasukkan ke dalam minuman, makanan dan cecair vape mereka ketika berhibur di sana. Ia bertujuan supaya mereka lebih 'high' (khayal) ketika berhibur di kelab-kelab malam.

"Daripada anak-anak muda kita tidak terbabit dadah, kita risau mereka jadi penagih selepas dicampur dalam minuman ketika berhibur," katanya di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan maklumat, ketamin dan eramin 5 adalah di antara dadah yang boleh merangsang keseronokan dan khayal semasa berhibur.

"Pengambilan dadah jenis eramin 5 juga boleh menyebabkan anak-anak muda tidak tidur sehingga boleh berhibur sepanjang malam.

"Saya nasihatkan tak payahlah berhibur di Golok. Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak mereka pada malam minggu kerana bimbang mereka terlepas dan berhibur di Golok.

"Anak-anak muda juga perlu memilih rakan-rakan yang baik supaya tidak terjebak dengan aktiviti sedemikian.

Media sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan ditahan bersama 6,000 biji pil yaba di sebuah hotel di Sungai Golok, Jumaat lalu.

Semua mereka ditahan selepas selesai berhibur dan hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

Tiada ulasan: