SITI NUR ZAWANI
Seorang aktivis politik direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
Aktivis berkenaan direman empat hari bersama dua lagi individu sehingga 9 November.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini selepas membenarkan permohonan SPRM.
Harian Metro yang memetik sumber berkata, semua suspek lelaki itu ditahan antara 12 tengah hari hingga 5 petang semalam, dalam satu operasi di sekitar Bedong, Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah.
Katanya, mereka yang berusia antara 30an hingga 50an itu dipercayai meminta wang terbabit kononnnya bagi membantu mangsa menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) yang dalam siasatan polis.
“Siasatan awal dipercayai kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah terbabit,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan