"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akaun persendirian, syarikat milik pengasas FashionValet dibekukan

Malaysiakini 

SPRM telah membekukan beberapa akaun persendirian dan syarikat berjumlah RM1.1 juta milik suami isteri pengasas FashionValet Sdn Bhd. 

“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi 'Op Favish' telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasaran.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan introducer,” kata sumber tersebut.

Pembekuan itu dibuat susulan siasatan berhubung susulan kerugian puluhan juta ringgit pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) ke dalam syarikat itu.

Tiada ulasan: