"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekarang Baru Zambry Kata Pelik



   Bernama melaporkan Menteri Besar kerajaan BN Perak, Datuk Dr ZambryAbdul Kadir menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak, V. Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu inisebagai sesuatu yang pelik.
Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Kita juga ingin menyatakan kepada Zambry perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak lebih jauh peliknya!

Dengan meminjam istilah yang digunakannya itu iaitu 
"kebiasaannya", kita ingin menegaskan kebiasaannya seseorang Menteri Besar dilantik dari sebuah kerajaan yang terbentuk hasil dari majoriti yang diperolehi dari pilihanraya yang ditentukan oleh rakyat, tetapi Zambry menjadi Menteri Besar hasil dari rampasan kuasa paling kotor dan paling buruk berlaku di negeri Perak.

Zambry dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh pada Khamis lepas yang meminta supaya 
ketujuh-tujuh ADUN Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan.

Sivakumar enggan untuk mendedahkan namun beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Wong di dalam suratnya telah mendakwa 
proses perlantikan Zamby sebagai menteri besar dan barisan exconya bertentangan dengan Undang-undang Negeri Perak.

Speaker mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.

Sehubungan dengan itu Perdana Menteri yang jugaPresiden UMNO menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada pakatan pembangkang yang sehingga kini enggan meletak jawatan.

Penganalisis politik berpendapat tiada ada sebab mengapa Speaker DUN Perak, V.Sivakumar perlu meletakkan jawatannya.Sekalipun Sultan Perak sebelum ini menitahkan Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletakkan jawatan, namun jawatan Speaker tidak tertakluk dengan titah Sultan Perak itu.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara 
sukarela.

 Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Perintah Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan)," jelas seorang peguam.
Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa beberapa orang peguam turut berpendapat bahawa 
Speaker boleh mengambil tindakan ke atas Zambry dan barisan exconya seperti menggantung keahlian dewan kesemua yang terlibat tanpa gaji seperti mana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada April 25, 2005, dimana beliau telah digantung dari Dewan Undangan Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu dan kuasa Speaker tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.                                                                                                                                                                                                   http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: