"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayuh Hulurkan Bantuan

Oleh : Zamri Keciks

Salam Semua...

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doktor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar. Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang.
Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat .

Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.
Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star.. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam.

Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang kan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di
4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara..

Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian
019-4023596.
Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan.Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan
akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (al wadiah) adalah 4-915303305.

Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.
Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)

Kaki kanan dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kanan semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar. Mohon sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna. Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan.

Atau, hubungi sendiri bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 (Rashidi)


SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH.
Terima Kasih.
Tak derma tak peeee....sebarkanlah cerita ni pd org lain.

http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: