"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah Anwar, Chua Jui Meng di Sg Besar malam ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Stadium Sungai Besar malam ini (Selasa, 21 Julai).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Anwar hari ini, antara yang turut menyampaikan ceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng dan beberapa orang pemimpin Parti KeADILan Rakyat yang lain.

Ini merupakan penampilan pertama Chua yang juga bekas Naib Presiden MCA, untuk membuat penjelasan mengapa beliau meninggalkan MCA dan BN yang disertainya lebih 30 tahun.

Peminat-peminat politik dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai.

Tiada ulasan: