"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP BN Diulit Mimpi, MP PAS Apa Pula?

Zolkharnain Abidin

Lima MP daripada PAS tidak berada di Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi bejet sulung Najib dijalankan. BN menang 66 – 63. Kalau kelima-limanya hadir, BN tewas 68 – 66.Pokok Sena kata dia ke Jakarta kerana urusan peribadi dengan makluman awal kepada Presiden. Hulu Langat kata dia di Sungai Besi menggantikan Nizar dalam satu program Pakatan Rakyat. Kuala Krai kata dia ada program yang telah diatur lebih awal di kawasannya dan makluman awal kepada Presiden juga telah dibuat.

Menurut Harakahdaily, Parit Buntar dan Baling belum dapat dihubungi.

Seorang blogger menyifatkan MP BN yang gagal hadir sebagai ‘masih diulit mimpi’. Ungkapan itu sesuai untuk MP BN kerana mereka berkuasa dan tidak menjangka apa yang telah berlaku itu boleh berlaku.

Apa pula ungkapan yang sesuai untuk MP PAS secara khusus? Tak mungkin MP PAS turut diulit mimpi. Kalau bukan, apa dia?

Saya tidak marahkan mereka berlima dan saya mungkin boleh faham keadaan mereka. Cuma saya memerlukan jawapan berterus-terang. Telus, kata orang sekarang.

Ya, rakyat yang mengundi PAS / Pakatan Rakyat juga inginkan jawapan berterus-terang. Bukan jawapan umum seperti urusan peribadi, ganti orang atau program yang telah diatur lebih awal.

Kenapa perlu berterus-terang? Ya, kerana jawapan umum memungkinkan soalan tambahan, macam di Dewan Rakyat juga.

Soalan tambahan saya, adakah urusan peribadi itu tidak boleh ditangguh langsung, ditelan mati emak diluah mati bapa?

Gantikan orang dan program di kawasan? Tidakkah penganjur di kedua-dua majlis itu boleh difahamkan bahawa kehadiran ke parlimen pada tarikh dan saat itu sangat penting? Ini mati hidup kerajaan BN.

Saya fikir lebih mudah memberi penjelasan kepada mereka yang terlibat dengan majlis itu sahaja berbanding sekarang, terpaksa memberi penjelasan kepada seluruh pengundi PAS / PR dan rakyat Malaysia yang ingin melihat BN tumbang.

Tiga orang telah memberi jawapan umum. Kami menunggu penjelasan Baling dan Parit Buntar pula. Tapi ingat, kami tidak mahu penjelasan itu hanya sampai ke telinga Presiden saja, atau ketua pembangkang saja. Kami mahu penjelasan itu sampai juga ke telinga kami.

Dan, ingat kalau jawapan itu tidak masih jawapan umum, kami akan kemukakan soalan tambahan. Bukankah itu amalan ketika berbahas di Dewan Rakyat?

Apa pun, apa yang terhidang sekarang adalah bubur bukan lagi nasi. Peluang ini saya percaya tidak akan berulang lagi. Pada masa akan datang, BN tentu lebih berhati-hati.

Kecuali, MP BN masih bermimpi lagi. Cuma diharapkan, ketika MP BN diulit mimpi janganlah pula MP PAS ‘syok sendiri’.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

1 ulasan:

.....! berkata...

Salam,

Pemimpin Pas yang tak hadir terlalu ambil mudah. Kita kena ingat bilangan kita sedikit, jika lima atau enam orang yang tak hadir bermakna kita semakin menutup ruang bersuara kita. Jangan ikut UBN mereka ini golongan yang angkuh.