Antara yang masih mengekalkan kegagalan dengan amat ketara pada tahun 2009 sebagai mana pada tahun-tahun sebelumnya adalah kempen kurangkan tabiat merokok yang membudayai hidup 1.3 bilion (1,300 juta), penduduk dunia, termasuk juga di kalangan lebih 3 juta rakyat Malaysia.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, mendapati 45 hingga 50 remaja di bawah usia 18 tahun menjadi perokok baru setiap hari. Maknanya antara 135,000 hingga 156, 000 perokok baru setiap tahun atau antara 1,496,000 hingga 1,660,000 daripada 3,120,000 juta perokok di negara ini pada waktu ini adalah terdiri daripada remaja berumur 18 tahun ke bawah.
Fakta Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan medapati tiga daripada 10 orang atau 30 peratus perokok adalah remaja berusia 12 hingga 18 tahun. Jumlah remaja yang mula merokok pada usia 13 dikatakan berada pada tahap membimbangkan.
Sesuatu yang amat meranjatkan apabila dikatakan ada pelajar berusia 10 dan lapan tahun merokok. Kajis elidik Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan ke atas remaja yang merokok mendapati rata-rata menyifatkan merokok adalah gaya hidup yang menyeronokkan.
Merokok juga, menurut kajii selidik Unit Kawalan Tembakau, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, dianggap lambang kematangan dan kedewasaan untuk dihormati di kalangan rakan sebaya, daya tarik bersosial dan tanda keberanian.
Juga tentunya kerana ikut tabiat dan gaya hidup ibu bapa dan saudara mara yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja di kalangan remaja lelaki tetapi juga membabitkan remaja perempuan.
WHO pula meramalkan jumlah perokok dunia akan meningkat daripada 1.3 bilion sekarang kepada 1.7 bilion pada tahun 2025 . Tetapi jika didasarkan kepada peningkatan yang begitu ketara berbanding dengan statistik pada tahun 2000 yang mana jumlah perokok dunia hanya berjumlah 1.1 bilion tetapi meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2003 yakni peningkatan jumlah sekitar satu juta tahun, bilangan perokok seluruh dunia mungkin akan mencecah ke angka 2.6 hingga 2.7 bilion pada tahun 2025, jauh mengatasi angka yang diramalkan.
Jika tabiat dan kegilaan merokok gagal disekat, sekurang-kurangnya 650 juta perokok akan mati pada usia pertengahan kerana rokok/tembakau setiap tahun di seluruh dunia dan jumlah kematian akibat rokok akan meningkat kepada 6,050 juta (6.050 bilion) setahun menjelang tahun 2025.
Sehubungan dengan itu saya amat bersetuju kalau syarat tidak merokok dikenakan sama ada untuk pinjaman pengajian ke institusi pengajian tempat dan juga peluang belajar serta dalam pengambilan kakitangan oleh sektor awam dan swsata supaya tabiat merokok akan dimufarakah kandari membudayai hidup rakyat negara ini.
Ianya patu dimulakan oleh Kerajaan Membangun Bersama Islam di Kelantan dalam pengambilan guru dan kakitangan pentabiran sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan juga kakitangan bagi jabatan kerajaan negeri dan syarikat GLC negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan