"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara Kalimah Allah dengan Melayu Murtad

ruhan
Bila timbul isu kalimah Allah, UMNO yang tolak undang-undang Islam sebagai dasar perjuangannya sibuk tak pasal-pasal di samping mengapi-apikan kemarahan orang Melayu untuk jadi juara kononnya. Bila gereja dibakar dan dibom mulalah gelabah. Itulah fiil UMNO yang tidak tahu malu.

Suatu ketika dulu Mufti Perak (penyokong nombor wahid UMNO) bercakap tentang jumlah Melayu yang murtad semakin membimbangkan. UMNO buat tak tau saja kerana mereka tahu sukar jadi juara dengan isu itu. Jadi, lantaklah Melayu nak murtad pun. Inikah sikap orang yang mengaku Islam dan pegang kuasa? Itulah fiil UMNO yang tidak bertanggungjawab dan khianat.

Sejak dahulu kala agama samawi guna perkataan Allah. Tiada siapa yang sibuk atau membantah. Hanya di Malaysia sahaja Melayu (yang ada di antaranya tidak sedalam mana pun Islamnya) melenting-lenting macam murai tercabut ekor. Buat malu kompeni sahaja.

Kini Kelantan tidak melarang orang Kristian guna perkataan Allah. Rakyat nak tengok juga reaksi UMNO. Janganlah diam seribu bahasa sahaja.

Perkara yang patut difikir oleh pemikir Islam dalam UMNO (kalau ada) sekarang ini adalah bagaimana hendak mendindingi orang yang namanya sahaja Islam daripada terpengaruh dengan perkataan Allah yang digunakan oleh Kristian itu. Janganlah nanti bila nasi sudah jadi bubur baru nak bertindak. Pada masa tu menangis keluar air mata darah pun dah tak berguna lagi.

Pemikir Islam dalam UMNO kena fikir hal ini dan hebahkan dapatan mereka kepada semua Islam kalau mereka benar-benar bertanggungjawab.

Tiada ulasan: