"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4.39 Juta belum daftar jadi pemilih, Salah Siapa?

sofiwahab
SPR mengumumkan bahawa kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
Persoalannya mengapa perkara ini berlaku.

Pada saya masalah ini berlaku kerana SPR dan kerajaan tidak mahu mengubah sistem yang ada. Mengapa mereka tidak mahu mengubahnya, kita pun tidak pasti.

Jalan penyelesaian bagi masalah ini mudah sahaja jika SPR dan Kerajaan benar-benar ikhlas mahu memastikan semua rakyat berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.
Cadangan saya :-

1) Wujudkan sistem pendaftaran automatik di antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Di mana dari database JPN hubungkan dengan database SPR. Mana-mana warganegara yang berumur 21 tahun ke atas akan secara automatik menjadi pemilih.

2) Jika tidak mahu menggunakan pakai sistem diatas wujudkan undang-undang semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas di wajibkan mendaftar sebagaimana kewajipan membuat kad pengenalan. Mana-mana rakyat yang gagal mendaftar sebagai pemilih diambil tindakan seperti didenda atau dihukum dengan hukuman-hukuman lain.

Saya akan jika sistem diatas dilaksanakan khasnya sistem nombor 1, sudah pasti 100 % rakyat akan menjadi pemilih berdaftar tidak perlu SPR terhegeh-hegeh mencari jalan untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi pengundi.

Persoalannya mengapa sistem di atas tidak mahu dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan bahawa kita semua sedang menuju ke arah sistem elektronik dan on-line. Tetap dalam bab ini mereka seolah-olah tidak serius menggunakan sistem e-pendaftaran ini.

Tiada ulasan: