Isu menteri besar negeri Perak bergema kembali dilaman maya. Umno mencipta sejarah kerana keputusan paling sukar diumumkan oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang 5.Nov. 2009 mengesakan Datuk Zamri Kadir menteri besar haram menjadi menteri halal. Serah pada pada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan bubar DUN Perak atau mengekalkan Zamri Kadir menteri besar Perak dengan gunakuasa mahkamah.
Namun yang penting apa pun keputusan telah berada ditangan Najib Razak atau dengan kata lain dalam pengentahuan Najib Razak. Jika Najib Razak bubur DUN selepas diperkenankan oleh Sultan Perak adakah Umno Perak menang dalam pilihanraya negeri Perak?.. Sanggupkah umno dan barisan nasional mengahdapi pihanraya?... Umno Perak dan Najib Razak seharusnya mengarahkan keputusan mahkamah persekutuan membuat keputusan memihak kepada UMNO dan BN Perak. Selesai. Kami tetap dengan keputusan memihak kepada UMNO. Sebab umno dan Najib Razak yang merompak kerajaan Perak dari kerajaan pakatn Rakyat dengan mengunakan mahkamah sebagai talihayat umno.
Diandaikan DUN Perak bubar. Syabas pada Najib Razak kamu pemimpin yang ada maruah, selepas merompak kerajaan Perak perompak dihukum kerana tiadak adil pembahagiannya. Dari kaca mata kami jika DUN Perak bubar umno telah membuat satu kerja rumah yang terperinci serta umno yakin dapat menawan semula DUN Perak. Majoriti rakyat Perak terutama Melayu cukup sayang pada umno ditambah lagi ugutan ugama dan bangsa dimainkan oleh pemimpin umno untuk memacing undi. Melayu mudah cair dan mudah lupa lebih-lebih lagi dimainkan dengan isu Raja dan Melayu. Melayu terduduk terlopong. Pemimpin UMNO kaya rakyat miskin kerana ditipu olen umno sendiri.
Keputusannya jika berlaku pilihanraya semula DUN Perak, UMNO dan Barisan Nasional beroleh kemenangan yang bergaya. UMNO dan Barisan Nasional negeri Perak hanya menang dengan majoriti yang tipis. Sekadar boleh menubuhkan kerajaan. Najib Rzak dan UMNO akan turn dengan 1 Semangat, 1 Malaysia, 1 Nekad, 1 Ugutan Perkauman, 1 Rasuah wamh dan Politik, 1 Penipuan untuk menang dalam setiap pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan